Penyingkatan Masa Perniagaan dan Penutupan Sementara Pejabat Pos dan Pos Laju Terpilih
Para Pelanggan Yang Dihormati,
Pos Malaysia akan melaksanakan penyingkatan masa perniagaan bagi pejabat pos dan PosLaju seluruh negara,bermula 20 Mac 2020 dan sehingga diberitahu kelak. Waktu operasi adalah 8.30pg-3.00ptg (Isnin-Jumaat) dan 8.30pg-1.00tgh (Sabtu). Bagi pejabat pos di dalam pusat membeli-belah adalah 10.00pg-3.00ptg, (Isnin-Sabtu).
Urusan JPJ tidak dapat dilakukan di pejabat pos sehingga diberitahu, disebabkan penutupan perkhidmatan kaunter bagi agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan sehingga 31 Mac 2020.
Pos Malaysia juga akan melaksanakan penutupan sementara pejabat pos dan Pos Laju di lokasi-lokasi berikut, menuruti Perintah Kawalan Pergerakan yang mewajibkan penutupan semua premis kerajaan dan persendirian:
Pejabat Pos | |
---|---|
Pusat Transformasi Bandar(UTC): All states | Kedah/Perlis: Wisma Darul Aman/UUM |
Penang: USM | Perak: D’Mall, Sri Iskandar |
Selangor: GloDamansara / Kompleks PKNS / UKM Bangi / UiTM Shah Aam / Putrajaya / Sek. 7, i-City / Pasar Besar Klang | Kuala Lumpur: SelayangMall / Sunway Velocity / Jln Sultan Salahuddin / IIUM / Universiti Malaya / Seri Petaling / Terminal Bersepadu Selatan |
Johor: Nusajaya | Pahang: KOMTAR |
Sabah: Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan | Sarawak: Boulevard Shopping Mall, Kuching / Tebedu |
Melaka: Universiti Multimedia |
Pos Laju | |
---|---|
Selangor: The Strand / LRT Kelana Jaya / South City Plaza / T6 Light Grey Mall | Kuala Lumpur: Kenanga Wholesale / GM Plaza |
Melaka: Melaka Sentral | Sabah: 1Borneo |